Hari Raya Aidilfitri bakal disambut di seluruh negara pada Khamis.<br />Berbaki satu hari sahaja, semestinya ramai pakar kesihatan menyuarakan kekhuatiran sekiranya pematuhan SOP tidak dapat diikuti yang boleh cetus risiko penularan jangkitan dalam komuniti. <br />Sebelum ini, kerajaan menggariskan pelbagai SOP khusus bagi perayaan ini. <br />Namun boleh dikatakan, selang beberapa hari pelabgai SOP baharu perubahan SOP yang dibentangkan - sedikit sebanyak beri kekeliruan kepada masyarakat mengenai SOP yang perlu dipatuhi. <br />Untuk membincangkan isu ini kita akan bersama Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat.
